Sejarah awal Julia_Roberts

Dilahirkan di Smyrna, Georgia sebuah suburb di luar Atlanta, pada 28 Oktober 1967. Bapanya, Walter Grady Roberts, bekerja sebagai penjual vacuum cleaner, manakala ibunya Betty Lou Motes (née Bredemus), pernah bekerja sebagai setiausaha gereja dan juga ejen hartanah. Ibu bapanya juga amat giat dalam bidang lakonan dan telah menubuhkan Bengkel Pelakon dan Penulis di Georgia. Keduanya bercerai pada tahun 1971. Bapa Roberts meninggal akibat penyakit barah sewaktu beliau berusia 10 tahun. Abangnya, Eric Roberts dan kakaknya Lisa Roberts Gillan, juga terlibat dalam alam lakonan.

Semasa kanak-kanak, Roberts bercita-cita menjadi seorang veterinarian tetapi ketika di Georgia State University, beliau telah mengambil pelajaran kewartawanan. Selepas graduasi beliau menuju ke New York untuk bersama kakaknya Lisa Roberts Gillan untuk menceburi bidang lakonan pula. Di sana beliau bekerja sebagai seorang peragawati di agensi terkenal Click modeling agency dan mendaftar dalam kelas lakonan.